Tuesday, May 20, 2008

Applied Kinesiology

Applied Kinesiology ini sebenarnya adalah refleks suara hati yang memberi gerak balas pelepas (niat) dan gerak balas perencat (otot tangan) tanpa dapat direkayasa oleh pengaruh dari luar. Suara hati adalah ilham yang datang terus dari Ilahi. Bisikan suara hati akan diuji dengan dua pilihan iaitu mendengar dengan ilham ilahi atau kita menuruti nafsu yang mendorong ke jalan yang salah dan akhirnya menimbulkan penyesalan bukannya rasa syukur. Oleh itu metode kinesiology ini adalah konsep penyerahan sepenuhnya kepada Ilahi dalam usaha mengenal secara pasti sumber masalah yang diderita seseorang. Ini bukan magic atau menggunakan trik tertentu.

Orang yang tidak menggunakan 100% penyerahan yang tulen di dalam diagnosis kinesiology akhirnya akan kehilangan tenaga konsentrasi. Daya fikiran yang murni akan menjadi pendinging kepada diri anda sendiri. Melalui diagnosis kinesiology sebenarnya anda berhadapan dengan tenaga murni yang akan mengikuti segala perintah dan arahan yang anda fikirkan (yang berasal dari fikiran bawah sadar Anda). Mengambil kesempatan dengan cara berbohong dalam diagnosis ujian gerak balas otot tangan akan mempengaruhi persekitaran dan menebabkan tenaga murni Anda akan membohongi diri Anda.

Sebenarnya seluruh pancaindera dan bahagian-bahagian dari segenap anggota tubuh kita dapat diperintahkan termasuk segala perkara yang berkaitan dengan sistem fisiology tubuh. Anggota dalam dan luar tidak pernah ingkar apalagi kepada pendiagnos yang benar-benar berhati mulia, ikhlas dan mempunyai daya tumpuan yang cukup tinggi.

Mata pendiagnos harus tajam tanpa bekedip agar dapat memastikan isyarat tenaga elektrik yang mengalir dari pancaindera mata sebagai pengalir masuk ke otak melalui impuls saraf yang dikenali sebagai neurotransmetter dapat melalui dengan tepat.
Otot tangan dapat memberi isyarat gerak balas kinetis dan pelepas melalui reaksi pengenduran dan penegangan otot secara spontan setelah menerima isyarat-isyarat pertanyaan secara terus akan menghasilkan jawaban benar atau salah dan kuat atau lemah pada ujian otot tangan tersebut.
Otot tangan yang mempunyai aliran tenaga elektrik disifatkan dapat berkomuniksi atau berkata-kata melalui gerak balas pengenduran atau penegangan. Jika isyarat itu benar dalam sebarang pertanyaan, otot tangan akan menjadi kuat atau tegang. Jika tidak benar atau salah maka otot tangan akan menjadi lemah atau kendur.

Fakta Applied Kinesiology

Sebenarnya semua komunikasi dan interaksi akan mengalirkan informasi yang hanya akan difahami oleh otak. Applied Kinesiology ialah salah satu dari kaidah untuk mentafsirkan informasi tersebut hasil daripada tindak balas badan yang merekam informasi.
Lebih daripada 50% daripada pengamal terapi alternatif / komplimentary menggunakan kaedah Applied Kinesiology sebagai method untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit untuk menentukan tahap penyakit dan menentukan terapi yang tepat.
Pengamal yang menjalankan Applied Kinesiology dapat merasai ketepatan hasilnya yaitu mencapai 99%. Kaedah yang salah atau kehilangan tumpuan ketika menjalankan Applied Kinesiology tidak akan memberikan sebarang hasil keputusan dan jawaban tidak dapat diketahui.
Walaupun sebagian trapi mempunyai obat atau penawar atau formula untuk ikhtiar penyembuhan yang tepat dan terbaik, namun tanpa Applied Kinesiology, obat atau penawar atau formula tersebut tidak bermakna.

No comments: